| |
| |
Berapa tahunkah tempoh bayaran balik bagi pinjaman Skim Belia Tani. |
|
| |
| |
Maksimum tempoh bayaran balik bagi pinjaman Skim Belia Tani adalah selama tujuh (7) tahun.
|
|
| |
| |
Apakah syarat pinjaman bagi Skim Belia Niaga? |
|
| |
| |
Syarat-syarat pinjaman bagi Skim Belia Niaga adalah:-
- Warganegara yang menetap di Malaysia berumur antara 18 hingga 40 tahun.
- Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan.
- Permohonan terbuka kepada pinjaman jenis milikan tunggal dan perkongsian sahaja.
- Permohonan pinjaman adalah secara individu dan menjalankan perniagaannya secara sepenuh masa atau separuh masa.
- Seorang sahaja antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.
- Mempunyai premis perniagaan / tapak projek yang sah atau boleh beroperasi di rumah dengan syarat mempunyai kelulusan dari pihak yang berkaitan (jika berkenaan).
- Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang.
- Lulusan IKTBN / IKBN diberi keutamaan bagi memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan.
- Hanya satu pinjaman SBN / SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.
|
|
| |
| |
Bentuk perniagaan yang begaimana yang diberikan pinjaman bagi Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB). |
|
| |
| |
Semua jenis perniagaan yang dibenarkan oleh undang-undang negara dan tidak menyalahi syariat dan hukum Islam.
|
|
| |
| |
Terangkan serba sedikit maklumat berkaitan Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB.) |
|
| |
| |
Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) ialah satu skim bantuan modal kepada usahawan-usahawan muda yang telah dan ingin memajukan diri dalam perniagaan. Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun hingga 39 tahun dan telah serta akan memulakan perniagaan layak memohon bantuan di bawah skim ini. Had pinjaman bagi skim ini adalah sebanyak RM5,000 hingga RM50,000. Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun.
|
|
| |
| |
Apakah syarat-syarat penjamin bagi Skim Belia Tani? |
|
| |
| |
Syarat-syarat penjamin bagi Skim Belia Tani adalah:-
- Pinjaman RM5,000 hingga RM15,000 (Tiada Penjamin)
- Pinjaman RM15,000.01 hingga RM50,000 satu (1) orang penjamin
- Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga
- Penjamin mempunyai pendapatan tetep kasar (termasuk elaun-elaun tetap) tidakkurang dari RM800 sebulan
- Penjamin adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan atau swasta
- Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya
Syarat khas:
Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjdi penjamin.
Had menjamin:
Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari satu (1) orang peminjam pada satu-satu masa.
|
|
| |
| |
Bagaimana menggunakan kad keahlian Rakan Muda. |
|
| |
| |
1. Menyertai aktiviti Rakan Muda
- Pilih aktiviti yang ingin disertai dengan melawat laman web Rakan Muda www.2-u.com.my ataupun menghubungi Bahagian Pembangunan Rakan Muda KBS. Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian ataupun Badan-badan sukarela (NGOs) serta mana-mana agensi yang dilantik oleh KBS untuk menganjurkan aktiviti atau program Rakan Muda.
- Kad hendaklah dibawa setiap kali menyertai aktiviti bagi tujuan pengesahan.
- Kad akan dileretkan ke terminal oleh pegawai yang bertugas dan kehadiran akan direkod ke dalam sistem pangkalan data.
2. Menikmati diskaun dan promosi
- Kunjungi premis Rakan Muda Niaga yang mengambil bahagian sebagai penaja.
- Pilihan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga istimewa kepada ahli yang memiliki Kad Rakan Muda.
- Tunjukkan Kad Rakan Muda anda kepada juruwang semasa membuat bayaran bagi tujuan pengesahan.
|
|